Wednesday 1 April 2015

RESEPI TORTILLA CHICKEN WRAP

tiba tiba hujung minggu ni rasa macam nak makan tortilla chicken wrap pulak. okay so, ni adalah resepinya.. mudah ja

Bahab-bahan:

Daging burger ayam atau daging- I prefer brand Ramly (potong kecil kecil)
 Bawang putih
 Bawang besar
Timun
 Tomato 
 Sos cili
 Sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam
 Sedikit air
Roti tortilla 
 Salad yang sesuai
 Mayonis
Cara-cara:-

1) Panaskan sedikit minyak. (sikit jer sebab nanti bila dah masukkan daging burger akan keluar minyaknya)
2) Tumiskan bawang putih dan seterusnya masukkan bawang besar.
3) Masukkan daging burger.
4) Agak-agak daging dah nak masak, masukkan timun dan tomato.
5) Masukkan sedikit air, sos cili, sos tomato, dan garam secukup rasa.
6) Biar untuk seketika sehingga air kering dan bolehlah diisi ke dalam roti tortilla.
 
SELAMAT MENCUBA!

Friday 27 March 2015

DIET ATKINS- diet paling berkesan.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut

Fasa Induction

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

kesimpulannya, kalau nak amalkan diet atkins ni elakkan lah makanan yang tak boleh tu . contohnya nasi. setengah orang tak boleh tanpa nasi dalam masa sehari. belum cuba belum tahu. I dulu pun macam tu jugak. HANTU NASI. tapi i cuba jugak untuk tak sentuh nasi. and now tengok nasi pun tak lalu dah. so, you should try. belum cuba belum tahu. Diet atkins ni sangat berkesan. Dalam masa induction , 4 hari i dah kurang 5kg. mesti ada yang macam tak percaya kan ? tapi ini lah kenyataan. tak tipu. bila kurang 5 kg tu buat kita semua semangat nak teruskan diet. tak payah exercise. i memang jenis tak suka exercise and i juga tak makan sayur. tapi alhamdulilah dengan diet atkins ni turun jugak berat tu. 

CONTOH MENU :
pagi - okay pagi selalunya i akan makan telur goreng dan air kosong. 
tengahari- i akan makan sup ayam ataupun ayam/ikan goreng
malam- makan malam ni , makan sebelum pukul 9. I akan makan ayam. (goreng,sup,panggang)

so, goodluck untuk amalkan diet atkins ni. kalau disiplin, insyaAllah boleh kurus. makesure minum air kosong ja. kalau makan dekat restaurant dengan family, just order air kosong. diet atkins ni takkan buat semua orang lapar. walaupun tak rasa lapar, kena makan jugak (3kali sehari). sebab takut gastrik. Kalau rasa lapar sentiasa tu, minum air kosong banyak-banyak.